Perbanyak Sedekah, Mewujudkan Kesalehan Sosial Bulan Ramadan
Hari-hari bulan Ramadan dianjurkan setiap Muslim untuk meningkatkan amal ibadahnya. Ada keutamaan yang lebih penting dalam dimensi sosial, adalah memperbanyak sedekah.
Masalah solidaritas sosial dan kesalehan sosial menjadi makna penting dalam pelaksanaan ibadah Ramadan.
Dikisahkan Ibnu Abbas Rahimahullah telah berkata :
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ يَعْرِضُ عَلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
Nabi ﷺ adalah orang yang paling pemurah dalam segala kebaikan dan sifat pemurah baginda yang paling baik adalah di bulan Ramadan ketika Jibril AS datang menemui baginda. Jibril AS datang menemui baginda pada setiap malam di bulan Ramadan (untuk membacakan Al-Qur'an) hingga Al-Qur'an selesai dibacakan untuk Nabi ﷺ. Apabila Jibril AS datang menemui baginda, maka baginda adalah orang yang paling pemurah dalam segala kebaikan melebihi lembutnya angin yang berhembus".
(Riwayat Imam Al Bukhari)
Penjelasan Hadits
1. Bersikap pemurah atau dermawan adalah sebahagian dari sunnah besar Nabi kita Muhammad SAW. terutama pada bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini.
2. Memberi makan kepada orang yang berbuka puasa adalah antara sedekah yang dituntut. Sabda Nabi SAW. adalah antara sunnah yang digalakkan.
Daripada Zaid bin Khalid Al Juhani Rha daripada Nabi SAW telah bersabda:
مَنْ فَطَّرَ صَائِماً كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
"Barang siapa yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, dia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikit pun mengurangi pahalanya.”
(Riwayat al-Tirmidzi, Ahmad, Ibn Majah, An Nasaei , Ad Darimi. - Sahih)
3. Bahkan infaq atau belanja harta di jalan Allah SWT seperti membiayai gerak kerja dakwah Islamiyah, membina masjid, institusi pengajian Islam dan lain-lain juga mengembalikan ganjaran lumayan buat para dermawannya.
Firman Allah SWT:
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Perumpamaan orang yang belanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah seperti sebiji benih yang tumbuh lalu mencambahkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu pula mengandung seratus biji benih.
Dan Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki dan Allah Maha Luas kurnia-Nya lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.
(Al-Quran Surah Al Baqarah: 261)
Daripada Asma’ binti Abu Bakar Rha berkata, Sabda Rasulullah SAW kepadaku:
أنْفِقِي، أوِ انْضَحِي، أوِ انْفَحِي، ولا تُحْصِي، فيُحْصِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ. وَلاَ تُوعي فَيُوعي اللهُ عَلَيْكِ
Infaqkanlah hartamu. Janganlah engkau menghitung-hitungnya (menyimpan tanpa mahu menyedekahkan). Jika tidak, maka Allah akan menghilangkan barakah rezeki tersebut.
Janganlah menghalangi anugerah Allah untukmu. Jika tidak, maka Allah akan menahan anugerah dan kemurahan untukmu.”
(Riwayat Imam Al Bukhari dan Muslim)
4. Sedekah membawa barakah dalam pemilikkan harta. Artinya, banyak bersedekah akan menjadikan kita lebih murah rezeki. Malah apa yang paling penting, bersedekah itu tidak akan mengurangkan harta kita.
Daripada Abu Hurairah Rha, sabda Nabi SAW:
مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ
Sedekah tidaklah mengurangi harta. (Riwayat Imam Muslim)
Imam An-Nawawi Rahimahullah ketika mensyarahkan hadits ini, menegaskan:
Harta tersebut akan diberkati dan akan dihilangkan berbagai kesan risiko padanya. Kekurangan harta tersebut akan ditutup dengan keberkatannya.
Meskipun pada nilai lahirnya nampak jumlah harta yang disedekah itu berkurang, namun kekurangan itu akan ditutup dengan pahala di sisi Allah dan Allah akan tambah hartanya berlipatganda.
Sekian. Demikian penjelasan Ust Nasrudin bin Hassan at Tantawi. Semoga bermanfaat.
Dzikir Harian
اَللَّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا، وَبِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوْتُ، وَإِلَيْكَ النُّشُوْرُ.
أَصْبَحْنَا عَلَى فِطْرَةِ اْلإِسْلاَمِ وَعَلَى كَلِمَةِ اْلإِخْلاَصِ، وَعَلَى دِيْنِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَعَلَى مِلَّةِ أَبِيْنَا إِبْرَاهِيْمَ، حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ
Sayyidul Istighfar
اللّٰهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لآ إِلٰهَ إِِلآّ أَنْتَ ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَ أَبُوْءُ بِذنْبِي، فَاغْفِرْلِيْ ، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إلاَّ أَنْتَ
Artinya:
“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tidak ada Tuhan selain Engkau. Engkau sudah menciptakanku, dan aku adalah hamba-Mu. Aku akan berusaha selalu ta’at kepada-Mu, sekuat tenagaku Yaa Allah. Aku berlindung kepada-Mu, dari keburukan yang kuperbuat. Kuakui segala nikmat yang Engkau berikan padaku, dan kuakui pula keburukan-keburukan dan dosa-dosaku. Maka ampunilah aku ya Allah. Sesungguhnya tidak ada yg bisa mengampuni dosa kecuali Engkau.”
Shalawat Fatih
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ، الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ، نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ، وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيْمِ .
Semoga hari ini lebih baik dari hari sebelumnya
زيني الياس