Mimpi Ngeri Bagi Tentara Amerika Serikat?
Sebagai sebuah negara besar dunia, Amerika Serikat telah terlibat dengan begitu banyak peperangan. Segelintir daripada pelibatan mereka dalam peperangan adalah, mau dilihat sebagai "hero" yang konon mau mengembalikan keamanan dunia.
Realitasnya? Mereka mungkin mempunyai muslihat tersendiri. Dalam banyak-banyak peperangan yang disertai oleh pihak tentara Amerika Serikat, salah satu yang banyak dikatakaan mengenai pelibatan dan kekalahan teruk mereka dalam Perang Vietnam.
Malah, boleh dikatakan, Perang Vietnam merupakan mimpi ngeri bagi pihak Amerika Serikat. Setiap veteran tentara yang pernah menyertai Perang Vietnam pastinya mempunyai pengalaman pahit mereka yang pastinya sukar untuk dilupakan.
Persoalannya, apakah yang terjadi di Vietnam? Bagaimana pasukan tentara Amerika Serikat yang mempunyai begitu besar kekuatan tentara tewas?
Ringkasan peristiwa Perang Vietnam
Perang Vietnam juga dikenal sebagai Perang Indochina Kedua dan di Vietnam, ia dikenali sebagai Perang Menentang Amerika atau hanya Perang Amerika. Perang ini merupakan konflik di Vietnam, Laos, dan Kemboja dan berlangsung selama lebih 19 tahun dari 1 November 1955 hingga kejatuhan Saigon pada 30 April 1975.
Ia adalah peperangan kedua dari Perang Indochina dan secara rasmi merupakan perseteruan antara Vietnam Utara dan Vietnam Selatan. Vietnam Utara disokong Kesatuan Soviet, China dan sekutu komunis yang lain. Sementara itu, Vietnam Selatan disokong oleh Amerika Syarikat, Korea Selatan, Filipina, Australia, Thailand dan sekutu anti-komunis yang lain.
Sekutu Vietnam Utara termasuk Barisan Pembebasan Vietnam Selatan (Vietcong), Kesatuan Soviet dan China. Vietnam Selatan pula dibantu Amerika Serikat, Australia, New Zealand dan Korea Selatan. Penglibatan tentera Amerika Serikat sebenarnya bermula sejak tahun 1959 lagi tetapi bilangan tentera yang dihantar pada peringkat awal terlalu sedikit.
Peperangan ini sangat terkenal kerana telah mengorbankan ramai penduduk awam, kekalahan tentara AS dan penentangan daripada rakyat AS sendiri terhadap pelibatan tentara mereka di Vietnam. Perang Vietnam tamat secara resminya pada 30 April 1975, yang menyebabkan Vietnam Selatan tewas keseluruhannya.
#shorts