Melewati Ramadan tanpa Ampunan, Mereka Dilaknat Allah Ta'ala
Allah Ta'ala melaknat mereka yang melewati Ramadan tanpa meraih keampunan.
Mari kita perhatikan tausiyah Ust Nasrudin bin Hassan at Tantawi, Penasihat Pondok Pengajian Turath Amanullah.
Daripada Abi Hurairah Rha telah berkata, bahwa Rasulullah SAW menaiki mimbar lalu berkata:
” آمِينَ، آمِينَ، آمِينَ“، فَقِيلَ لَهُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَا كُنْتَ تَصْنَعُ هَذَا؟ ! فَقَالَ: ” قَالَ لِي جِبْرِيلُ: أَرْغَمَ اللَّهُ أَنْفَ عَبْدٍ أَوْ بَعُدَ دَخَلَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ، فَقُلْتُ: آمِينَ.
ثُمَّ قَالَ: رَغِمَ أَنْفُ عَبْدٍ أَوْ بَعُدَ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا لَمْ يُدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، فَقُلْتُ: آمِينَ .
ثُمَّ قَالَ: رَغِمَ أَنْفُ عَبْدٍ أَوْ بَعُدَ، ذُكِرْتَ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ، فَقُلْتُ: آمِينَ “
Amin, Amin, Amin ! Maka ditanya kepadanya Ya Rasulullah, kenapa engkau berbuat (berkata) demikian ? Maka jawab baginda SAW:
Jibril AS telah berkata kepadaku: Allah telah melaknat seorang hamba yang melalui Ramadan tetapi tidak diampunkan dosanya. Maka aku berkata: Amin !
Kemudian Jibril AS berkata lagi, Allah melaknat seorang hamba yang mengetahui kedua orang tuanya masih hidup atau salah seorang dari keduanya tetapi tidak menjadikannya masuk surga. Maka aku berkata: Amin !
Kemudian Jibril AS berkata lagi, Allah melaknat seorang hamba yang tidak berselawat ketika disebut namamu, maka aku berkata : Amin !
Riwayat Ibnu Hibban di dalam Shahihnya.
KEFAHAMAN HADIS
Hadis ini turut dirakamkan dalam Shahih Ibn Khuzaimah. Kitab الصوم , Bab اسْتِحْبَابِ الِاجْتِهَادِ فِي الْعِبَادَةِ فِي رَمَضَانَ
(Hadis No: 1888) - Sanad Jaiyyid.
1. Ramadhan adalah bulan keampunan. Malang sungguh bagi mereka yang lalui Ramadhan tetapi gagal mendapatkan keampunan daripada Allah SWT. Tentu terdapat kepincangan yang fatal dalam pelaksanaan dan penghayatannya terhadap Ramadhan yang telah dilengkapi dengan segala amal ibadah di dalamnya.
2. Keampunan daripada Allah SWT adalah segala-galanya kepada kita. Jangan pandang remeh. Ingat Firman Allah SWT:
وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang saleh untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan Surga yang bidangnya seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang yang bertaqwa;
Surah Ali ‘Imran : 133
3. Keampunan Allah SWT telah dijanjikan oleh Nabi SAW buat mereka yang menjalani ibadah puasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan penghayatan.
4. Kemudian elakkan diri daripada melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah SWT. Menambah dosa tidak sepatutnya berlaku khasusnya pada bulan Ramadhan yang menjadi bengkel pembinaan diri dan jiwa yang muttaqin.
5. Jangan ambil mudah perkara dosa. Dosa adalah beban dunia dan akhirat yang
- menyukarkan kita untuk mendekatkan diri kepada Allah,
- memberatkan papan punggung kita untuk bangun berdakwah dan berjuang serta
- menyulitkan kita untuk mendapatkan surga yang diidamkan.
Insafi Firman Allah SWT:
وَرَأَى الْمُجْرِمُونَ النَّارَ فَظَنُّوا أَنَّهُم مُّوَاقِعُوهَا وَلَمْ يَجِدُوا عَنْهَا مَصْرِفًا
Dan orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka, maka yakinlah mereka, bahwa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya.
Surah Al Kahfi: 53
6. Banyakkan beristighfar khasusnya pada waktu sahur . Mohon keampunan Allah sepenuh jiwa dan dekatkan diri kepada-Nya dengan melakukan pelbagai ibadah yang disajikan oleh Allah SWT di sepanjang bulan Ramadan ini.
Jadikan Ramadhan sebagai FESTIVAL IBADAH bukan Pesta Juadah.
Sekian
Advertisement