Lima Cara Berhenti dari Maksiat, dari Kisah Ibrahim bin Adham
Setelah melakukan perbuat yang dilarang dalam agama, dalam hati kecil kita sebenarnya ingin segera berhenti. Namun, seringkali berulang-ulang hal-hal yang meskipun termasuk dosa kecil itu kita lakukan.
Ulama ahli ibadah memberikan tips terbaik cara berhenti dari maksiat. Dalam khazanah tasawuf nama Ibrahim bin Adham, memang legendaris. Salah satu tokoh sufi terkemuka yang hidup pada abad ke-7 Masehi. Dia dikenal dengan nasihat-nasihatnya yang tajam.
Di antaranya adalah kisah berikut yang dinukilkan dari kitab At-Tawwabin karya Ibnu Quddamah:
بِسْــــــــمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِـــــيْـــــمِ
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ
Suatu hari, Ibrahim bin Adham didatangi oleh seseorang yang sudah sekian lama hidup dalam kemaksiatan, sering mencuri, selalu menipu, dan tak pernah bosan berzina. Orang ini mengadu kepada Ibrahim bin Adham.
“Wahai tuan guru, aku seorang pembuat dosa yang rasanya tak mungkin boleh lari dari perlakuan maksiat. Tolong tunjukkan aku seandainya ada cara untuk menghentikan semua perbuatan tercela ini?”
Ibrahim bin Adham menjawab,
“Kalau kamu boleh berpegang pada lima hal ini, nescaya kamu akan dijauhkan dari segala perbuatan dosa dan maksiat.
Pertama, jika kamu ingin berbuat dosa dan maksiat, maka usahakanlah agar Allah jangan sampai melihat perbuatanmu itu.”
Orang itu terperanjat. “Bagaimana mungkin, Tuan guru, bukankah Allah sentiasa melihat apa saja yang diperbuat oleh siapapun? Allah pasti tahu walaupun perbuatan itu dilakukan dalam bilik persendirian, di bilik yang gelap, bahkan di lubang semut pun.”
"Wahai anak muda, kalau yang melihat perbuatan dosa dan maksiatmu itu adalah jiran kamu, kawan dekatmu, atau orang yang kamu hormati, apakah kamu akan meneruskan perbuatanmu? Tetapi mengapa dengan Allah kamu tidak malu, sedang Dia melihat apa yang kamu buat?” kata Ibrahim bin Adham.
Orang itu lalu tertunduk dan berkata, “Katakanlah yang kedua, Tuan guru!”
"Kedua, jika kamu ingin melakukan dosa dan maksiat, hendaklah kamu makan rezeki yang datang bukan datang dari Allah.”
Pendosa itu kembali terperanjat,
“Mana boleh, Tuan guru, bukankah semua rezeki yang ada di sekeliling manusia adalah dari Allah semata? Bahkan, air liur yang ada di mulut dan tenggorokanku adalah dari Allah jua.”
Ibrahim bin Adham menjawab,
“Wahai anak muda, masih mahukah kita makan rezeki Allah sementara setiap saat kita melanggar perintahNya dan melakukan laranganNya? Kalau kamu menumpang makan kepada seseorang, sementara setiap saat kamu selalu mengecewakannya dan dia melihat perbuatanmu, masihkah mampu dan tidak malu untuk terus makan darinya?”
“Sekali-kali tidak! Katakanlah yang ketiga, Tuan guru.”
Ketiga, kalau kamu ingin membuat dosa dan maksiat, carilah bumi lain , janganlah kamu tinggal lagi di bumi Allah.”
Orang itu tersentak,
“Bukankah semua tempat ini adalah milik Allah, Tuan guru? Bahkan, segenap planet, bintang dan langit adalah milikNya juga?”
Ibrahim bin Adham menjawab,
“Kalau kamu pergi ke rumah seseorang, menumpang makan dari semua miliknya, adakah kamu tidak merasa malu untuk memperlekeh aturan-aturan tuan rumah itu sementara dia selalu tahu dan melihat apa yang kamu lakukan?”
Orang itu kembali terdiam, air mata menitis perlahan dari kelopak matanya lalu berkata,
“Katakanlah yang keempat, Tuan guru.”
Keempat, jika kamu masih ingin berbuat dosa dan maksiat, dan pada saat malaikat maut datang untuk mencabut nyawamu sebelum kamu bertaubat, tolaklah dia dan janganlah biarkan nyawamu dicabut olehnya.”
Bagaimana mungkin, Tuan guru? Bukankah tak seorang pun mampu menolak datangnya malaikat maut?”
Ibrahim bin Adham menjawab,
“Kalau kamu tahu begitu, mengapa masih mahu berbuat dosa dan maksiat? Tidakkah terpikir olehmu, jika suatu saat malaikat maut itu datang justru ketika kamu sedang mencuri, menipu, berzina dan melakukan dosa lainnya?”
Air mata menitis semakin deras dari kelopak mata orang tersebut, kemudian ia berkata,
“Wahai tuan guru, katakanlah hal yang kelima.”
Kelima, di akhirat nanti jika malaikat neraka ingin mengheretme ke dalam neraka. Janganlah kamu mengikutinya, cubalah lari darinya.”
Pemuda itupun berkata,
“Bagaimana mungkin seseorang boleh lari dari malaikat neraka yang luarbiasa kekuatannya Tuan Guru ?"
Ibrahim bin Adham pun lalu berkata,
“Oleh kerana hidup hanya sekali anak muda, dan kita tak pernah tahu bila maut akan menjemput kita, sementara semua yang telah diperbuat pasti akan kita pertanggung jawabkan di akhirat kelak, apakah kita masih akan mensia-siakan hidup ini hanya untuk menambah dosa dan maksiat?”
Pemuda itu pucat menahan ledakan tangis dia menghiba,
“Cukup, Tuan guru, aku tak sanggup lagi mendengarnya.”
Lalu ia pun bangun dan pergi meninggalkan Ibrahim bin Adham. Dan sejak saat itu, orang-orang mengenalnya sebagai seorang ahli ibadah yang jauh dari perbuatan-perbuatan tercela.
مَاشَاءاَللّٰه
Demikian semoga bermanfaat bagi kita semua. Amiin.
Catatan:
Sumber kisah tersebut dinukilkan dari kitab At-Tawwabin karya Ibnu Quddamah:
روي أن رجلا جاء إلى إبراهيم بن أدهم فقال له: "يا أبا إسحاق إني مسرف على نفسي فاعرض علي ما يكون لها زاجرا ومستنقذا لقلبي". قال: "إن قبلت خمس خصال وقدرت عليها لم تضرك معصية ولم توبقك ثنا لذة". قال: "هات يا أبا إسحاق". قال: "أما الأولى فإذا أردت أن تعصي الله عز وجل فلا تأكل رزقه". قال: "فمن أين آكل وكل ما في الأرض من رزقه؟!". قال له: "يا هذا أفيحسن أن تأكل رزقه وتعصيه؟!". قال: "لا، هات الثانية". قال: "وإذا أردت أن تعصيه فلا تسكن شيئا من بلاده". قال الرجل: "هذه أعظم من الأولى يا هذا، إذا كان المشرق والمغرب وما بينهما له فأين أسكن؟!". قال: "يا هذا أفيحسن أن تأكل رزقه وتسكن بلاده وتعصيه؟!". قال: "لا، هات الثالثة". قال: "إذا أردت أن تعصيه وأنت تحت رزقه وفي بلاده فانظر موضعا لا يراك فيه مبارزا له فاعصه فيه". قال: "يا إبراهيم كيف هذا وهو مطلع على ما في السرائر؟!". قال: "يا هذا أفيحسن أن تأكل رزقه وتسكن بلاده وتعصيه وهو يراك ويرى ما تجاهره به؟!". قال: "لا، هات الرابعة". قال: "إذا جاءك ملك الموت ليقبض روحك فقل له أخرني حتى أتوب توبة نصوحا وأعمل لله عملا صالحا". قال: "لا يقبل مني". قال: "يا هذا فأنت إذا لم تقدر أن تدفع عنك الموت لتتوب وتعلم أنه إذا جاء لم يكن له تأخير فكيف ترجو وجه الخلاص؟!". قال: "هات الخامسة". قال: "إذا جاءتك الزبانية يوم القيامة ليأخذونك هذا إلى النار فلا تذهب معهم". قال: "لا يدعونني ولا يقبلون مني". قال: "فكيف ترجو النجاة إذًا؟!". قال له: "يا إبراهيم حسبي حسبي، أنا أستغفر الله وأتوب إليه". ولزمه في العبادة حتى فرق الموت بينهما.