Ketika Rasulullah Ludahi Mata Ali, Islam Tegak dengan Dakwah
Islam diwahyukan langsung kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam (SAW) dan dijaga langsung oleh Allah Subahanahu wa-ta'ala (SWT). Karena itu, dakwah menjadi jalan untuk menegakkan kalimat-kalimat Allah di muka bumi.
Dari Sahl bin Sa’ad Rha bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam (SAW) telah bersabda pada hari perang Khaibar :
لَأُعطِيَنَّ الرَّايةَ غدًا رجُلًا يفتَحُ اللهُ على يدَيْهِ يُحِبُّ اللَّهَ ورَسولَه، ويُحِبُّهُ اللَّهُ ورَسولُهُ
Sungguh, esok aku akan menyerahkan panji perang ini kepada seorang lelaki yang mana melalui tangannya Allah akan memenangkan peperangan ini.
Dia adalah orang yang mencintai Allah dan rasul-Nya serta Allah dan rasul-Nya juga mencintainya."
Sahl berkata, "Maka semalaman para sahabat memperbincangkan siapa diantara mereka yang akan diberikan kepercayaan itu."
Keesokan harinya, orang ramai berkumpul di hadapan Rasulullah ﷺ dan masing-masing berharap mendapat kepercayaan tersebut.
Baginda SAW bertanya, "Di manakah Ali bin Abu Thalib?"
Para sahabat menjawab, "Dia sedang sakit mata, wahai Rasulullah."
Baginda bersabda, "Datangilah dan bawa dia kemari."
Mata Ali bin Abi Thalib pun Sembuh
Rasulullah ﷺ lalu meludahi matanya dan mendoakannya. Seketika matanya sembuh seakan tidak ada bekas sakit sebelumnya.
Akhirnya Baginda Rasulullah SAW menyerahkan panji perang tersebut kepadanya.
Lalu Sayidina 'Ali bin Abi Thalib, Karramallahu wajhah berkata, "Wahai Rasulullah, "Aku akan memerangi mereka hingga mereka menjadi seperti kita."
Lantas Nabi SAW menjawab:
انفُذْ على رِسْلِك حتَّى تنزِلَ بساحتِهم ثمَّ ادعُهم إلى الإسلامِ وأخبِرْهم بما يجِبُ عليهم مِن حقِّ اللهِ فيه فواللهِ لَأنْ يهديَ اللهُ بكَ رجُلًا واحدًا خيرٌ لكَ مِن أنْ يكونَ لكَ حُمْرُ النَّعَمِ
Artinya:
Laksanakanlah dengan tenang hingga kamu singgah pada tempat tinggal (kampung halaman) mereka lalu ajaklah (dakwah) mereka supaya menerima Islam dan beritahu kepada mereka apa yang menjadi kewajiban mereka dari hak-hak Allah.
Sungguh, seandainya Allah memberi hidayah kepada seseorang melalui perantaraan kamu, hal itu lebih baik buatmu daripada unta merah (harta yang paling baik)." [HR Imam Al Bukhari (3009) dan Imam Muslim (2406/34)]
5 Hal Penting Penjelasan Hadits
1. Golongan orientalis dan musyrikin selalu melemparkan kecaman dan semoohan terhadap Islam, bahwa Islam adalah agama yang ganas lalu tegak dengan darah dan mata pedang. Sehingga hari ini, mereka meniupkan Islamophobia dengan persepsi bahawa Islam itu ganas(teroris).
2. Mereka yang menghalusi ayat-ayat Allah SWT dan pedoman sunnah Nabi SAW serta memahami sirah (riwayat) perjalanan hidup serta perjuangan Rasulullah SAW akan segera memahami bahwa cemoohan itu sengaja dicipta dan berniat jahat terhadap Islam.
3. Islam bermula lalu tersebar dan tegak dengan dakwah yang digerakkan oleh Rasulullah SAW sejak hari pertama wahyu diutuskan oleh Allah SWT. Perang hanya berlaku untuk mempertahankan (defend) keselamatan, harga diri dan muruah (kehormatan) serta kemuliaan Islam yang diancam oleh kaum kafis (kuffar musyrikin).
4. Surah An-Nahl ayat 125, jelas menunjukkan perintah Allah SWT supaya kita berdakwah dengan hikmah (bijaksana), nasihat yang baik dan debat dengan cara yang terbaik untuk menegakkan kebenaran bukan menegakkan benang yang basah guna mencari kemenangan, jauh sekali untuk bertegang leher dan menghunus pedang.
5. Malah hadits ini menunjukkan kelebihan berdakwah. Bila seseorang menerima Islam dengan sebab usaha dakwah yang dilakukan, ia jauh lebih baik dari nilai mata benda dunia. Kelebihan inilah yang diburu oleh para pendakwah dan pejuang Islam pada setiap zaman.
Sekian. Wallahu a'lam. Semoga bermanfaat.