Empat Hal Ramadan Menghapus Dosa dan Pintu-pintu Rahmat Dibuka
Pintu-pintu Rahmat Dibuka
Kehadiran bulan Ramadan selalu membahagiakan umat Islam, bahkan umat manusia seluruh dunia. Kewajiban berpuasa yang ditekankan bagi orang-orang beriman, merupakan saat-saat dibukanya pintu rahmat.
إن فتح أبواب الرحمة في رمضان يشمل بعمومه الرحمة بالمغفرة، والرحمة باستجابة الدعاء، والرحمة بفيوض عطاءات الجود العاجل والآجل، والرحمة بمنحة النعيم المقيم في الجنة دار الثواب الأكبر
Bahwa terbukanya pintu-pintu rahmat di bulan Ramadhan adalah tercakupnya semua rahmat Allah, seperti ampunan Allah, terkabulnya do'a, tercurahnya karunia Allah di dunia dan akhirat, dan balasan Surga.
(Al Shiyam Wa Al Ramadhan, Syaikh Abdurrahman Hasan Habanakah Al Maidani)
Menghapus Dosa
Ust Nasrudin bin Hassan at Tantawi, Pengasuh Pondok Pengajian Turath Amanullah menyampaikan uraian berikut:
Daripada Abi Hurairah Rha telah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Barang siapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan penghayatan, niscaya diampunkan baginya apa yang telah berlalu dari dosanya.
(Riwayat Imam Al Bukhari dan Muslim)
Empat Hal Penting, Keterangan Ringkas.
1. Puasa di bulan Ramadan adalah wajib. Ia suatu kefardhuan yang telah ditujukan kepada setiap individu Muslim dan menjadi satu rukun dari rukun Islam yang lima.
2. Imam Al Hafiz ibn Hajar Al Asqalani di dalam Fathul Bari menyebut “puasa dengan penuh keimanan itu bermaksud berpuasa dengan memperakui atau iktiqad akan hak-hak kefardhuan puasa.”
Artinya bukan berpuasa kerana adat (kebiasaan) atau ikut orang atau juga karena tidak ada arah, sudah masuk Ramadan maka terpaksalah puasa dan sebagainya.
3. Imam An Nawawi pula menegaskan di dalam Al Minhaj bahawa “berpuasa dengan penuh penghayatan itu bermaksud puasa yang dilakukan semata-mata kerana mengharapkan redha Allah Swt.”
4. Menghadirkan iman dan penghayatan dalam ibadah puasa ini memerlukan ilmu dan faham. Kita tidak boleh menyertai Madrasah Ramadan tanpa mengetahui apakah sebenarnya erti Ramadan dalam kehidupan kita, bagaimana tatacara ibadah di dalamnya. Jangan masuk Ramadan dengan kosong tanpa ilmu mengenainya.
Sekian. Wallahu a'lam bisshowab. Semoga bermanfaat.
Advertisement