9 Perempuan Surga yang Patut Ditiru Kebaikannya
Rasulullah Shallallahu alaihi wasalla (SAW) bersabda: "Sebaik-baik istri adalah yang jika kamu memandangnya maka kamu akan terhibur, jika kamu menyuruhnya maka ia akan menurut dengan patuh, jika kamu bersumpah agar ia melakukan sesuatu maka dipenuhi dengan baik dan jika kamu bepergian maka ia menjaga dirinya dan harta bendamu" (HR Nasai).
Dalam khazanah Islam terdapat 9 perempuan yang patut ditiru kebaikannya. Mereka pribadi yang kuat, penuh daya juang dan penuh ketaaatan pada Allah Subhanahu wa-talala (SWT).
1. Siti Khadijah.
Beliau merupakan isteri Rasulullah ﷺ yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan mendukung Rasulullah ﷺ walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, mengantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
2. Siti Fathimah.
Putri Rasulullah ﷺ yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berbagi 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah ﷺ pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3. Siti Aisyah.
Beliau isteri Rasulullah ﷺ yang paling romantik. Sanggup berbagi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi ﷺ minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.
4. Siti Hajar.
Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah ﷻ. Sanggup ditinggalkan oleh Ibrahim atas suruhan Allah ﷻ demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail.
5. Siti Maryam.
Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri & mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah ﷻ untuk mengandungkan Nabi Isa.
6. Siti Asiah.
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.
7. Siti Aminah.
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah ﷺ. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8. Siti Muti’ah.
Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah ﷻ syurga untuknya karena setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik untuk tatapan suaminya saja.
9. Siti Zubaidah.
Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rasyid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat karna Allah Subhanahu Wa Ta'alaa.
آللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّد
Semoga kita dan seluruh keluarga kita selalu bertakwa kepada Allah, menjadi keluarga yang bahagia, sakinah, mawaddah, warohmah. Aamiin....!!!
Demikian tausiyah pagi bersama Ust Keman Almaarif. Semoga bermanfaat.
Advertisement