9 Perempuan Surga yang Patut Diteladani
Dalam sejarah Islam terdapat sejumlah figur perempuan yang patut diteladani. Dalam kitab Nurul Yaqin, Syaikh Khudari Bek memberi gambaran tentang perempuan-perempuan terkasih Rasulullah, Nabi Muhammad Shallallahu aihi wasallam (SAW).
Demikian pula dalam Kitab Qishasul Anbiya' (Kisah Para Nabi), Syaikh Salim Bahreisy menampilkan juga sejumlah peran perempuan pendamping dan perempuan teladan pada masanya.
Berikut Ngopibareng.id hadirkan 9 perempuan surga yang patut diteladani di era kini:
1.Siti Khadijah.
Beliau merupakan isteri Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam (SAW) yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan mendukung Rasulullah SAW walaupun ditentang hebat oleh orang - orang kafir dan musyrik, mengantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
2.Siti Fatimah.
Putri Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam (SAW) yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Sayidina Ali bin Abi Thalib karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berbagi 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali.
Rasulullah SAW pernah berkata, "Aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu."
3. Siti Aisyah.
Beliau isteri Rasulullah SAW yang paling romantik. Sanggup berbagi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Ketika Nabi SAW minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.
4. Siti Hajar.
Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah SWT. Sanggup ditinggalkan oleh Ibrahim atas suruhan Allah SWT demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail AS.
5. Siti Maryam.
Perempuan suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah SWT untuk mengandungkan Nabi Isa AS.
6. Siti Asiah.
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.
7. Siti Aminah.
Perempuan mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah SAW. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8. Siti Muti’ah.
Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah SWT syurga untuknya karena setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik untuk tatapan suaminya saja.
9. Siti Zubaidah.
Perempuankaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rasyid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat karna Allah Subhanahu Wa Ta'alaa.
Demikian semoga bermanfaat.
Advertisement